Konsep Satu Malaysia
mula diperkenalkan oleh Dato’ Sri Najib Tun Razak setelah memegang jawatan
Perdana Menteri ke 6. Bincangkan kepentingan dan fungsi dasar ini dalam usaha
membina negara dalam pelbagai dimensi mencakupi politik, ekonomi dan sosial.
1.0 PENGENALAN.
Salam 1Malaysia. Itu adalah ungkapan
yang sering diungkapkan dalam majlis-majlis rasmi mahupun penulisan. Malaysia
adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai jenis kaum. Antaranya ialah
Melayu, Cina, India dan lebih daripada 40 suku etnik di Sabah dan Sarawak.
Dengan yang demikan, masyarakat di Malaysia adalah masyarakat majmuk yang
sangat unik kerana diwarnai dengan pelbagai jenis kebudayaan mengikut kaum
masing-masing. Sebenarnya, pembentukkan masyarakat majmuk di Malaysia telah
berlaku sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi yang mana pada waktu itu
ramai pedagang-pedagang dari luar seperti China dan India datang berdagang di
Tanah Melayu terutamanya di Melaka.
Setelah lama berada di bumi Melaka,
ada diantara pedagang ini telah membina penempatan, ada yang berkahwin dengan
penduduk tempatan malahan ada pedagang ini terlibat dengan pentadbiran kerajaan
Melaka. Jadi tidak hairanlah mengapa masyarakat di negara kita mempunyai
pelbagai jenis kaum kerana telah wujud sejak dahulu lagi. Terdapat juga etnik
yang baru hasil perkahwinan campur dengan bangsa lain seperti Baba dan Nyonya
yang tertumpu di Melaka dan Golongan Mami yang kebanyakannya menetap di Pulau
Pinang. Variasi seperti inilah yang mewarnai kepelbagaian masyarakat di negara
kita.
Namun begitu, pembentukkan negara
bangsa Malaysia melalui zaman yang sukar dalam proses membina negara seterusnya
bangsa yang mana secara realitinya
Malaysia mampu membina negara tetapi kabur dalam konteks bangsanya. Harus
difahami bahawa inilah realitinya apabila negara ini dibentuk dengan masyarakat
yang majmuk. Kesukaran yang dialami Malaysia ialah untuk mengikat bangsanya
melalui agama, bahasa, dan budaya. Namun begitu, cabaran yang paling besar
dalam konteks pembinaa negara bangsa ialah membinanya dan memperkukuhkan
perpaduan.
Justeru itu, pelbagai dasar dan
program telah dilaksanakan dengan matlamatnya adalah untuk perpaduan seperti
kewujudan Rukun Negara, Dasar Pendidikan Negara, Dasar Kebudayaan Kebangsaan (
DKK ), Integrasi Nasional, dan yang terbaru adalah 1Malaysia. Melalui
dasar-dasar yang diwujudkan ini bukan sahaja untuk mencapai matlamat perpaduan
malah juga negara ini diharapkan akan terus dipacu hingga menjadi negara yang
maju dan kompetetif dari segi politik, ekonomi, dan sosial.
2.0 KONSEP 1MALAYSIA
Kewujudan gagasan 1Malaysia adalah
bertitik tolakan kepada matlamat negara untuk mencapa perpaduan yang jitu
dikalangan masyarakat Malaysia. Dato’ Sri Najib Tun Razak telah memperkenalkan
gagasan 1Malaysia setelah beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri
Malaysia ke-6. Gagasan ini menuntut rakyat daripada pelbagai kaum dan agama
supaya dapat berfikir melepasi sempadan tembok kepentingan etnik dan kaum.
Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum ini perlu menganggap diri
mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai
satu matlamat. Sebelum kita meneruskan perbincangan ini, eloklah kita memahami
dulu mengenai logo 1Malaysia.
Logo
1Malaysia ini melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat
yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan
Negara dan Rukun Negara. Selain itu, ia mencerminkan rakyat Malaysia yang
saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi
untuk membina satu Negara Bangsa1
____________________
1Syed
Mahadzir Syed Ibrahim, Prof. Madya Mohd Shah A’shaari, Gagasan Najib: 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’
hlmn 1
Visi gagasan 1Malaysia ialah
mewujudkan satu masyarakat yang bersatu padu. Gagasan ini mencerminkan rakyat
Malaysia yang bekerjasama,bermuafakat,berdikari,berfikiran dan menghayati satu
visi untuk membina negara bangsa. Manakala misi gagasan 1Malaysia ialah “Rakyat
didahulukan, pencapaian diutamakan”. Misi ini menekankan kepentingan rakyat
terlebih dahulu supaya rakyat percaya terhadap pentadbiran negara di samping
dapat mendengar dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Selain
itu, pencapaian juga diutamakan iaitu dengan mencapai sasaran dan impak
cemerlang yang dapat memberi faedah kepada seluruh masyarakat tanpa ada yang
tercicir daripada arus pembangunan negara.
Sejurus itu, dengan wujudnya konsep
1Malaysia ini telah memberi impak yang penting dalam usaha Malaysia membina
negara yang maju dari sudut politik, ekonomi dan sosial. Gagasan 1Malaysia ini
mempunyai lapan konsep penting iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah
hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integrasi.
Kelapan-lapan konsep ini memainkan peranan penting dalam memacu perkembangan
politik, ekonomi dan sosial negara Malaysia. Usaha ini perlu pengembelengan dan
kesanggupan semua pihak untuk mengamalkan nilai-nilai yang ada.
Justeru, bagi melahirkan bangsa
Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa
oleh arus globalisasi,termasuk dalam bidang sosial, ekonomi dan politik, maka
Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak memperkenalkan konsep
1Malaysia yang berpaksikan prinsip “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”.
Konsep ini bertepatan dengan cita rasa rakyat Malaysia dan sejajar dengan
peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan dan prinsip-prinsip
rukun negara. 1Malaysia bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatan perpaduan
dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya
dan kelebihan ini akan dipepelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk
menghadapi sebarang cabaran.
Manakala, YAB Dato’ Seri Mohd Najib
Tun Abdul Razak menerangkan bahawa konsep 1Malaysia adalah ‘Kita berdiri, kita
berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan
kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita. Ini bukan bererti kita
mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan
dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada
golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.
Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak
sekian lama’. ( Syed Mahadzir Syed
Ibrahim, Prof. Madya Mohd Shah A’shaari, 2010 ).
Terdapat
8 Nilai Teras 1Malaysia yang diperkenalkan YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul
Razak iaitu seperti berikut :
8 NILAI
|
KETABAHAN
|
KESETIAAN
|
PENDIDIKAN
|
PENERIMAAN
|
BUDAYA
KECEMERLANGAN
|
MERITOKRASI
|
INTEGRITI
|
RENDAH HATI
|
8 Nilai Teras 1Malaysia
Perdana Menteri kita
berharap nilai-nilai murni ini dapat menyatupadukan rakyat Malayisia yang
berbilang kaum dan kepercayaan dengan berfikiran dan tindakan yang ke arah
mencapai satu matlamat iaitu demi kepentingan negara kita yang tercinta ini.
Ketabahan
Setiap manusia tidak mengira
pemimpin ataupun rakyat, perlu mempunyai nilai ketabahan diri dalam mengharungi
cabaran globalisasi yang semakin memberi tekanan. Kita harus bijak mengadaptasi
tekanan yang ada itu dan memberi motivasi untuk berjaya. Kerajaan sedang
berusaha untuk meningkatkan tahap ekonomi rakyat manakala raykat pula harus
memberi kerjasama yang sebaik mungkin. Penggemblengan semangat bekerja keras,
dedikasi serta tabah menghadapi segala dugaan dan rintangan adalah sikap yang
perlu ada untuk mencapai matlamat yang diidamkan. Walaupun negara menghadapi
kemelesetan ekonomi, rakyat perlu bangkit dan dan memperbaiki
kelemahan-kelemahan yang menjadi punca kemerosotan tersebut supaya berubah
kepada keadaan yang stabil. Semangat juang yang perlu ada dalam rakyat Malaysia
bagi mencapai matlamat demi peningkatan diri mahupun negara.
Penerimaan
Konsep
penerimaan dan toleransi merupakan dua perkara yang berbeza dari segi maksud
dan pelaksanaannya. Penerimaan adalah perlakuan positif menerima sepenuhnya mengenai
sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas manakala toleransi berlaku atas sebab
tiada pilihan atau terpaksa. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah
dapat menerima sahaja perkara baik. Pembentukan Gagasan 1Malaysia dapat
menbentuk rakyat Malaysia dalam menerima cadangan yang baik dalam meningkatkan
persefahaman antara kaum. Peluang yang ada dapat dikongsi bersama dalam
meningkatkan ekonomi diri.
Pendidikan
Rakyat Malaysia kini berebut-rebut
peluang untuk meningkatkan pencapaian akademik dalam menuju ke era pemodenan.
Peningkatan akademik rakyat menjadi tonggak untuk negara mencapai kejayaan.
Pendidikan yang diterapkan pada semua pelajar telah mula dijalankan sebelum ini
dan perlu diperbaiki dan ditambahbaik demi memupuk nilai-nilai murni. Antara
program yang telah dan masih dijalankan di sekolah-sekolah ialah Program RIMUP.
Program ini menuntut kerjasama yang baik antara pelbagai aliran sekolah. Ini
akan menjadi kesinambungan dalam usaha untuk menekankan nilai-nilai murni dalam
membentuk 1Malaysia.
Integriti
Kejayaan sesebuah
negara adalah bergantung bagaimana caranya untuk mendapatkan kepercayaan dan
keyakinan rakyatnya. Kedua-dua ini dapat diperolehi dengan pemupukan
nilai-nilai integriti. Ianya amat berhubungkait sikap rakyat. Oleh itu,
pembangunan sahsiah yang baik dapat membangunkan integriti seseorang individu.
Kepentingan negara amat perlu diberi keutamaan manakala sifat ingin
mengutamakan diri, keluarga dan kelompok tertentu perlu dijauhi.
Meritokrasi
Ia merupakan satu hala
tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang
layak dan memenuhi criteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara.
Rakyat perlu diberi peluang untuk meningkatkan ekonomi diri masing-masing. Maka
kerajaan bertanggungjawab untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik. Ia
juga menekankan persaingan secara terbuka kepada sesiapa yang berhak untuk
diberi sesuatu kelebihan.
Rendah Hati.
Rendah hati ( tawadhuk ) merupakan
sikap yang penting dalam diri setiap orang. Ajaran Islam dan budaya masyarakat
Melayu amat mementingkan sikap ini. Kita tunduk bukannya bererti kita mengalah.
Masyarakat kita tidak dapat menerima sikap suka menunjuk kebelohan dan
pencapaian diri. Sifat yang ada dalam diri seluruh rakyat Malaysia yang amat
dibanggakan ialah menghormati orang lain. Ia perlu ada dalam diri kita dalam
usaha menjaga hubungan dengan orang lain serta memperkukuhkan masyarakat majmuk
yang telah diterapkan dalam jiwa rakyat. Kita tidak perlu menunjukkan sikap
rendah diri jika berurusan dengan negara luar demi memperlihatkan kekuatan,
keyakinan dan kemampuan rakyat Malaysia tanpa menggunakan cara yang tidak baik.
Kesetiaan
Kesetiaan kepada Raja
Dan Negara merupakan prinsip kedua Rukun Negara yang wajib dipegang oleh semua
rakyat Malaysia. Kesetiaan kepada negara amat penting dalam menjamin keamanan
dan kesejahteraan bagi setiap rakyat. Kita juga perlu setia kepada pemimpin atau
ketua kita. Sesuatu organisasi akan hancur jika orang bawahan tidak mempunyai
kesetiaan kepada pihak atasan ataupun organisasi itu sendiri. Oleh itu,
kesetiaan akan membina kepercayaan serta menjalin hubungan yang baik.
Budaya Kecemerlangan.
Amalan ini akan membawa negara ke
tahap yang lebih tinggi di mata dunia. Budaya ini akan mencerminkan tahap atau
prestasi rakyat Malaysia. Ianya perlu dilaksanakan secara berterusan dengan
mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan seseorang
individu. Kita perlu mempunyai budaya kecemerlangan jika ingin memperolehi
kejayaan dalam hidup.
3.0 KEPENTINGAN DAN FUNGSI DASAR 1MALAYSIA
DARI SUDUT POLITIK.
Cabaran globalisasi yang menlanda
seluruh dunia ketika ini, memerlukan setiap negara menyusun strategi
masing-masing agar tidak tersisir daripada arus kemajuan dunia dan menjadi
mangsa penindasan pihak tertentu. Bagi menghadapi keadaan ini, seluruh rakyat Malaysia,
tanpa mengira keturunan dan pegangan agama, perlu bertindak sebagai satu
bangsa, yakni bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai
matlamat yang sama iaitu membina sebuah negara yang lebih aman, maju, selamat
dan makmur serta mampu bersaing dengan masyarakat lain di dunia.
Dalam aspek politik, gagasan ini
perlu tulus dan mencakupi pelbagai fahaman politik negara. Pihak pembangkang
mahupun pihak kerajaan bukan sahaja perlu bersama dalam menjayakan gagasan ini,
malahan perlu mengetepikan ideologi dan kepentingan politik mereka. Hal ini
kerana keperluan dan kepentingan rakyat menjadi keutamaan negara yang harus
didahulukan sebelum kepentingan politik mengambil tempat. Parti-parti politik
yang berpengaruh perlu bersifat glokal bagi mencari usaha ke arah pembangunan
modal insan jitu dan mapan serta mampu bersaing dengan arus kemodenan dunia.
Persaingan politik perlu diketepikan
dan pembentukkan sahsiah yang baik merupakan contoh yang berguna kepada
masyarakat. Sikap suka menjatuhkan pula amat bertentangan dengan gagasan
1Malaysia yang lebih bersifat menggalakkan dan mendokong usaha ke arah
pembentukan bangsa Malaysia. Peristiwa hitam 13 Mei 1969 seharusnya menjadi
pedoman dalam setiap kamus kehidupan pemimpin mahupun rakyat di negara ini agar
langkah menjaga bangsa Malaysia dapat diperkukuhkan.
Konsep 1Malaysia bukanlah satu
wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya, konsep 1Malaysia ‘Rakyat
didahulukan, pencapaian diutamakan’ lebih merupakan satu konsep dalam bidang
pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin kerajaan menjalankan tugas
dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.
Perkaitan antara konsep 1Malaysia dan dasar-dasar negara terdahulu dinyatakan
sendiri oleh YAB Perdana Menteri Malaysia sekarang. Beliau menegaskan konsep
1Malaysia, ‘Rakyat DiDahulukan, Pencapaian Diutamakan’ adalah kesinambungan
daripada dasar-dasar yang dikemukakan
oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.
Konsep ini bukanlah perkara baru.
Sebaliknya 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ merupakan satu
usaha yang telah lama diamalkan. Usaha-usaha memelihara dan menajga kepentingan
rakyat serta negara telah dilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj. Usaha-usaha membangunkan rakyat dan negara telah disambung oleh
perdana-perdana menteri seterusnya. Setiap Perdana Menateri mempunyai
gagasannya tersendiri, namun matlamatnya tetap sama iaitu untuk rakyat dan
negara. Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapatkan kepercayaan dan
keyakinan rakyat. Kepercayaan dan keyakinan yang diperoleh melalui nilai-nilai
integriti. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin
sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan.
4.0 KEPENTINGAN DAN FUNGSI DASAR 1MALAYSIA DARI
SUDUT EKONOMI.
Pada aspek ekonomi
pula, Dasar 1Malaysia lebih memperlihatkan penghapusan dasar ‘Pecah Dan
Perintah’ yang diperkenalkan oleh penjajah barat iaitu British sebelum Tanah
Melayu ( Malaysia ) mencapai kemerdekaan. Meskipun sudah 54 tahun, Malaysia
mencapai kemerdekaan namun kesan daripada dasar ini masih jelas kelihatan. Oleh
itu, menerusi Gagasan 1Malaysia ini, sektor ekonomi lebih tertumpun kepada
kesamarataan penguasaan ekonomi masyarakat. Jika dahulu, kaum Melayu lebih
tertumpu kepada bidang pertanian dan perikanan, kaum Cina memonopoli bidang
perniagaan dan perlombongan serta kaum India hanya tertumpu kepada bidang
perladangan dan estet. Kini pelbagai kaum mampu menceburi diri dalam bidang
yang mereka mampu bangunkan.
Monopoli bangsa tertentu ini mampu
dipecahkan menerusi dasar-dasar yang dibentuk oleh ahli-ahli Dewan Parlimen
menerusi kaedah perlembagaan negara. Dalam hal ini, bantuan dan sokongan
daripada kerajaan mampu memberi peluang dan suntikan semangat kepada seseorang
individu yang berusaha untuk menceburkan diri dalam bidang yang berpotensi
untuk dimajukan dalam jangka masa yang panjang. Bidang-bidang yang dipilih juga
boleh mendapat suntikan kewangan yang disediakan oleh kerajaan melalui
perbankan yang telah dilantik seperti Egro Bank, Bank Rakyat dan lain-lain.
Kesannya ialah ekonomi seseorang individu boleh dipertingkatkan seterusnya
memperkasakan ekonomi negara hasil pembentukan Gagasan 1Malaysia. Perpaduan
kaum juga dapat kekalkan dan dipertingkatkan jika rakyat yang berbilang kaum
itu dapat menaiktaraf serta
menyeragamkan kedudukan ekonomi yang sama rata. Bak kata pepatah ‘ Berdiri sama
tinggi, duduk sama rendah’. Keseragaman ekonomi ini akan membantu dalam
meningkatkan keutuhan ekonomi negara kita yang sedang menuju ke arah negara
maju. Oleh itu, kita harus mencorak 1Malaysia menuju ke arah pencapaian
matlamat dan kesejahteraan serta kemakmuran bersama dalam negara yang aman
damai ini.
Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) telah
diwujudkan oleh Tun Abdul Razak pada tahun 70-an untuk membanteras kemiskinan
serta menyusun semula masyarakat. Dasar ini telah menampakkan kejayaan dengan
memajukan negara kepada tahap yang tinggi dan memperbaiki kedudukan ekonomi
orang Melayu melalui penguasaan ekuiti yang walaupun tidak tinggi tetapi ia
tetap satu kejayaan yang boleh dibanggakan. Kaum Melayu perlu bersedia untuk
bekerjasama rapat dengan kaum lain dalam usaha membangunkan ekonomi. Ini
penting untuk memastikan penyusunan masyarakat adalah berjaya sejajar dengan
konsep 1Malaysia. Kita mahu melihat sikap yang lebih terbuka kerana dari segi
fakta dan sejarah kita,ekonomi dikuasai oleh orang bukan Melayu terutamanya
kaum cina yang memonopoli sektor perniagaan. Oleh itu, dalam usaha untuk
memanjangkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) kita perlu berkerjasama dan berkongsi
masa depan dengan mengikut dari segi perkongsian politik,ekonomi dan sebagainya
bersama-sama. Maka, amat bertepatan dengan Gagasan 1Malaysia dan adalah menjadi
tanggungjawab semua rakyat untuk menyokong usaha kerajaan.
5.0 KEPENTINGAN DAN FUNGSI DASAR 1MALAYSIA DARI
SUDUT SOSIAL
Setiap kaum di negara
ini tanpa mengira latar belakang atau agama diberi keadilan yang sebaik mungkin
dari segi kebajikan dan aspek-aspek sosial yang penting. Melalui konsep
1Malaysia, setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing
dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum yang lain. Namun begitu, konsep
1Malaysia yang mempunyai prinsip keadilan sosial bukanlah platform bagi
mana-mana pihak untuk membuat tuntutan yang keterlaluan dan bukan-bukan.
1Malaysia menekan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana
satu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup
bersama dalam keadaan saling hormat-menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.
Hormat-menghormati antara semua kaum termasuk menghormati adat resam serta
budaya kaum lain. Rasa hormat ini juga menuntut kita tidak mengeluarkan
kata-kata kesat tentang kaum lain dan juga tidak mempersoalkan
peruntukkan-peruntukkan undang-undang yang menyentuh sensitiviti kaum.
Selain itu, aspek agama dan
kepercayaan setiap bangsa di Malaysia turut diambil kira dalam usaha menjayakan
Gagasan 1Malaysia. Hal ini kerana, agama dan kepercayaan merupakan pengaruh
terbesar dalam menghasilkan keputusan yang melibatkan pertimbangan yang
dilakukan oleh aspek lain. Oleh sebab itu, konsep 1Malaysia dalam soal
keagamaan dan kepercayaan merujuk kepada sikap keterbukaan masyarakat dalam
menerima dan menghormati prinsip dan amalan agama sesebuah bangsa. Agama Islam,
Buddha, Hindu dan Kristian merupakan agama yang menjadi anutan sebahagian besar
masyarakat Malaysia.
Justeru, sensitiviti agama dan
perkauman perlu dijaga dan tidak boleh dipermainkan bagi menimbulkan kemarahan
dan ketegangan yang seterusnya menidakan kejayaan gagasan ini. Pengenalan
konsep rumah terbuka dan kunjung-mengunjung yang semakin diguna pakai semasa
perayaan oleh masyarakat tempatan. Konsep ini merupakan salah satu kaedah bagi
mempelajari sesuatu adat dan memahami sensitiviti sesuatu kaum seterusnya
memupuk sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Langkah muhibbah
ini mampu memperjelaskan lagi secara rohaninya konsep 1Malaysia.
6.0 KEPENTINGAN DAN FUNGSI DASAR 1MALAYSIA DARI
SUDUT LAIN
Aspek pendidikan turut menjadi fokus
utama pengenalan Gagasan 1Malaysia. Institusi-institusi pendidikan di negara
ini yang berlandaskan kurikulum yang telah ditetapkan. Dasar Pendidikan Negara
perlu memperkenalkan dan menerapkan nilai-nilai 1Malaysia dalam diri dan
mentaliti pelajar agar memahami kepentingan dan kewajaran gagasan ini
diperkenalkan. Antara nilai-nilai 1Malaysia yang perlu diterapkan ialah
ketabahan, penerimaan, pendidikan, rendah hati, kesetiaan, meritokrasi,
integriti dan budaya kecemerlangan.
Nilai-ini ini perlu diterapkan dalam
proses pengajaran di dalam mahupun diluar kelas iaitu dalam aktiviti
kokurikulum. Murid perlu memahami dengan lebih mendalam tentang 8 nilai
tersebut. Ianya perlu diberi perhatian sepenuhnya oleh guru dalam menjalankan
tugas sebagai pendidik dan mengukur keberkesanannya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sama ada di sekolah ataupun di universiti.
Bagaimanakah nilai ini boleh
dijayakan ? Pakar-pakar pendidikan mengubah pendekatan pendidikan supaya
nilai-nilai ini terserlah dan diakui penting. Contohnya tugasan akademik di
universiti perlu ada elemen kesungguhan dari segi teori, cara menulis dan
membincangkan sesuatu isu. Selain itu, integrity diukur melalui tingkah laku
individu yang terlibat2.
Ini dapat dibuktikan dengan modul
yang diperkenalkan oleh UPSI bagi pelajar Pendidikan Jarak Jauh ( PJJ ) 2011.
Pelajar yang mendapatkan pendidikan dari UPSI perlu memahami tentang 1Malaysia
melalui penghasilan tugasan mahupun forum seperti yang terdapat dalam Modul
Pendidikan Jarak Jauh. Modul yang telah diperkenalkan sangat bertepatan dengan
Gagasan 1Malaysia. Jika kita lihat
secara keseluruhannya, masih terdapat segelintir guru yang masih tidak memahami
tentang konsep 1Malaysia. Jadi penghasilan modul yang bersesuaian ini dapat
meningkatkan pemahaman guru-guru agar dapat diterapkan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di sekolah masing-masing. Jelaslah bahawa konsep 1Malaysia
dalam pendidikan merangkumi pembentukan sistem pendidikan yang ideal dan sesuai
untuk keseluruhan masyarakat.
Persaingan yang sengit antara
pelajar dalam mendapatkan peluang untuk memperolehi pendidikan yang lebih
tinggi di pusat pengajian tinggi awam mahupun swasta. Ini mendorong kerajaan
dan Badan Bukan Kerajaan ( NGO ) bertindak bijak dan saksama dalam memberi peluang
kepada pelajar tanpa mengira bangsa, agama mahupun kepercayaan. Selain itu,
penubuhan ataupun pembentukan satu jenis sekolah sahaja yang menggunakan Bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar mampu mewujudkan dan memantapkan perhubungan
antara pelbagai kaum. Hasilnya, peningkatan dari tahap kreativiti dapat dipupuk
kerana persaingan yang sihat antara pelajar pelbagai kaum. Pada masa kini,
hanya sekolah menengah sahaja terdapat sistem ini. Oleh itu, ia perlu dipupuk
sejak dari awal lagi iaitu sekolah rendah. Bak kata pepatah, melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Budaya pembelajaran ini perlu berkonsepkan pembelajaran
sepanjang hayat agar menjadi amalan harian rakyat Malaysia dalam usaha mencapai
Wawasan 2020.
____________________
1Syed
Mahadzir Syed Ibrahim, Prof. Madya Mohd Shah A’shaari, Gagasan Najib: 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’
hlmn 41.
7.0 KESIMPULAN
1Malaysia adalah satu
gagasan bagi memupuk perpaduan dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum
berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap
rakyat Malaysia. Ia bukan satu dasar baru yang terpisah dari dasar-dasar
kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada
pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi
menjamin kestabilan kearah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi
bagi rakyat dan negara Malaysia dalam aspek politik, sosial dan ekonomi. Dalam
erti kata lain, 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu
memastikan aspirasi negara iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke
dalam sanubari rakyat.
Pengertian ini adalah berdasarkan
hujah bahawa untuk mencapai status negara maju dari segi politik, ekonomi dan
sosial sepertimana yang diilhamkan melalui Wawasan 2020. Syarat yang paling
utama ialah sebuah negara yang kukuh dan stabil dan ini akan hanya dapat
dicapai apabila rakyatnya bersatu padu. Perpaduan yang digambarkan oleg Gagasan
1Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara
lain dimana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu
identiti nasional yang sama. Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati
prinsip-prinsip perlembagaan persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap
kaum di Malaysia dengan menjaga kepentingan sosial dan menganggapnya sebagai
satu aset atau kelebihan yang patutu dibanggakan.
1Malaysia menekankan sikap
penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, dimana sesuatu kaum menerima
keunikan kaum yang lain seadanya agar
dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat-menghormati sebagai rakyat
dalam satu negara dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat.
Menjadi asas kepada semua ini adalah
prinsip keadilan untuk semua kaum yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum
akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah
mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza.
Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan perlembagaan yang
memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya akan tetap
dilaksanakan.
1Malaysia adalah penerusan agenda
membina negara. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan
terlebih dahulu dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum
yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan
pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar terutama dalam ketiga-tiga
aspek politik, ekonomi dan sosial.
Konsep 1Malaysia bertujuan
memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di negara ini
sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran yang
bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka. Konsep ini juga, jika dihayati
sepenuhnya oleh semua pihak mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman,
stabil dan maju dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia.
Secara kesimpulannya, Gagasan
1Malaysia bukan sahaja satu harapan untuk generasi akan datang sebaliknya
langkah kearah pembentukannya perlulah bermula daripada sekarang. Seruan
pemimpin negara perlu disahut oleh semua pihak dalam usaha menjayakannya.
Perkongsian idealogi dalam menjayakannya perlulah bersikap mantap dan
perlaksanaannya perlulah secara bersepadu bagi merealisasikan harapan beliau
kepada negara.
Kesannya bukan sahaja melibatkan
negara secara umumnya malah meliputi pelbagai lapisan masyarakat di negara ini.
Oleh itu, semangat 1Malaysia perllu di dukung oleh semua pihak umtuk memacu
negara ke peringkat yang lebih tinggi dan menyiapkan negara dalam mengharungi
arus pemodenan, pembangunan, persaingan dan globalisasi dunia. Diharapkan
gagasan ini akan mencapai matlamat dan hala tuju seperti yang telah ditetapkan.
1Malaysia juga akan mewujudkan
sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat
seperti yang terpamer melalui slogan YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak iaitu
‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.
Rujukan
Ahmad Fawzi Abdul Halim Ahmad ( 1987 ). Isu-isu Perpaduan, Cabaran, Pencapaian Dan
Masa Depan. Kuala Lumpur : Jitra Kedah Pecetakan Season Sdn. Bhd.
Syed Mahadzir Syed Ibrahim, Prof. Madya
Mohd Shah A’shaari, Gagasan Najib:
1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Selangor : Warisan
InKED .
Mohd Syariefudin Abdullah et al. ( 2009
). Kenegaraan Dan Ketamadunan,Kuala
Lumpur: Oxford Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Institut Tadbiran Awam Negara ( 1997 ). Dasar-Dasar Pembangunan Malaysia. Kuala
Lumpur: Percetakan Nasioanal Berhad.
Syed Mahadzir Syed Ibrahim & Mohamad
Shah A’shaari, Prof. Madya. Perpaduan Teras Pembangunan. Shah Alam : WiNK, 2009
Yusof Harun & Noor Asmah M.N. Najib: Perdana Menteri Ke 6. Kuala
Lumpur : Titisan Putih Sdn. Bhd. 2009.
Laman
Sesawang
www.utusan.com.my/info ( Arkib : 24/05/2009 )